Event

                                                                ....Asalamualaikum....


Hai,Menjadi rakyat Malaysia sememangnya satu perkara yang amat membanggakan. Kewujudan pelbagai bangsa sememangnya membuatkan budaya kita unik dan memahami kebudayaan kaum lain. Apabila diri ini dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran Kempen Deepavali Petronas...Ini Gambar perasmian sempena Hari Deepavali sangat cantik daripada gambar pun korang mesti dapat gambarkan makna sesebuah kaum yang ceria dan bersatu. 





Korang nak tahu,Sempena Hari Deepavali mereka menyiarkan sebuah video yang sangat best sesuai untuk kita sebagai rakyat Malaysia untuk tengok dan fahami video tersebut.Korang boleh tengok di video kat bawah ni best sgt..tengok tau..




Macam mane best tak video ni kelakarkan..Sebagai rakyat malaysia kite juga boleh meraikan hari perayaan bersama mereka dengan dan rasai keunikan kaum meraka.Kalau waktu korang kecik-kecik mesti korang sering bermain dengan tak kisah ape bangsa pun asalkan korang dapat bermain dan tanpa penat lelah itu lah zaman yang terindah waktu korang kecik.Jadi bile meningkat dewasa mesti ade yang buat hal masing-masing dan tidak ingin bercampur kaum lain.Dengan perayaan yang adalah kite dapat bersatukan dan meraikan perayaan bersama-sama mereke.



Lihatlah ini cehhwah..korang tahu ni ape?ini adalah satu tradisi bagi kaum India sempena Hari Deepavali mereka.Tengoklah dengan kehalusan dan ketelitian meraka menyusun satu persatu bijik manik tersebut.Aku rasa kalau aku buat bile lah nak habiskan sebab itu lah ini salah satu keunikan kaum meraka yang tak dapat pada kaum yang lain.







Tengok ni macam sedapkan memeng sedap pun kehkeh..Dengan sambutan Hari Deepavali mesti korang tahu makanan tradisi merekakn.Aku juga turut merasakan makanan tradisi mereka memang sedap walaupun pelbagai rasa aku cuba juga.Rasa nasiknya dan lauk nye memang beza dengan makanan yang harian korang makan.Korang mesti cuba makanan mereka dan rasakan keunikan makanan mereka..






Jom makan,tengoklah nasi dan lauk aku ambik sikit je sebabnya kalau korang nak tahu aku ni tak makan banyak tengoklah badan aku yang kurus ini hehe..Semasa aku sedang menikmati juwadah makanan yang sedap-sedap di sebelah kanan aku ade kumpulan muzik yang mendendangkan muzik mereka kepada kami semua,aku didendangkan muzik yang sangat best cara tiupan serulingnya memang lembut sayu je bile dengar.Memang sesuai bile aku makan sambil dengar muzik mereka rase seronok sangat.




Banyak pulak aku berceritakan,akhir kata aku ucapan terima kasih kepada Petronas kerana sudi menjemput aku dan aku ingin mengucapkan selamat Hari Deepavali kepada kaum India pada tarikh 2 Nov 2013.Bersama -samalah kite meraikan Hari Deepavali ini dan merapatkan hubungan antara kaum di Malaysia ini.Terima kasih pada korang yang sudi membaca blog aku yang serbe kekurangan ni kehkeh..Bye...




...Teira Sunny...








No comments:

Post a Comment