Thursday 7 November 2013

Alamak Lingkaran Bawah Mata

Hai..Asalamualaikum..


Aku pasti ramai yang sedang atau pernah mengalami masalah ini. Bagi seorang wanita pastinya akan memberi kesan terhadap penampilan korang jika tidak diatasi dengan segera.Lihat lah dengan kesibukan dan cara menjaga kesihatan yang tidak menentu menyebabkan banyak faktor timbulnya lingkaran hitam bawah mata(eye bag)..Aku akan kongsikan tips-tips bagi masalah ini..



Tengok ni mata aku yang lebam ini dah macam panda dh...akibat tidak cukup tidor dalam beberapa hari ini entah apa yang dipikirkan sampai aku tidak boleh melelamkan mata.Jom teruskan membaca ye...

Punca mengapa lingkaran hitam di bawah mata boleh terjadi :

1. Keturunan
Ketipisan kulit di sekitar mata berbeza pada setiap orang, biasanya hal ini disebabkan kerana keturunan. Semakin tipis kulit seseorang, maka semakin nampak jelas bayang-bayang hitam di bawah mata.

2. Alergi
Akibat mata yang gatal karena alergi, orang akan cenderung menggosok kulit di sekitar mata. Hal ini akan membuat darah memenuhi pembuluh-pembuluh di bawah mata, yang akan membuatnya nampak gelap. Beberapa alergi pada makanan juga menyebabkan lingkaran hitam ini. Pencegahan terhadap alergi dan membiasakan diri tidak menggosok mata perlu diingat untuk korang yang memiliki alergi pada mata.

3. Keletihan
Kurang tidur atau keletihan yang berlebihan akan membuat mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Rehat dan tidur yang cukup adalah penyelesaian yang paling baik.

4. Usia
Seiring dengan bertambahnya usia, kulit akan kehilangan kolagen yang membuatnya menjadi lebih tipis dan tembus pandang. Dengan demikian bayang-bayang gelap akan semakin nampak. Perawatan untuk meremajakan kulit akan mengurangi lingkaran hitam yang muncul akibat usia.

5. Anemia
Kekurangan zat besi yang merupakan tipe paling umum dari anemia, juga boleh menyebabkan bayang-bayang hitam ini. Pada masa kehamilan dan menstruasi kulit akan menjadi lebih pucat karena kekurangan asupan zat besi dan hal ini menyebabkan pembuluh-pembuluh darah di bawah mata lebih jelas terlihat sebagai bayang-bayang hitam. Pengambilan suplement zat besi atau penambah darah akan mengatasi masalah ini.


Cara Mengatasinta :



1. Banyakkan meminum air kosong
Lebih lebih lagi jika korang seorang aktif melakukan pelbagai aktiviti. Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata juga badan.




2. Makan sayur-sayuran hijau
Andainya korang kurang nutrisi, mulai sekarang tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian korang.Makan banyak-banyak ye..




3. Gunakan timun atau tomato
Hirisan timun ataupun tomato boleh korang tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur agar mata dapat kelihat segar selepas bagun tidor.

4. Gunakan krim pelembap khas untuk lingkaran mata
Krim pelembap boleh membantu melembap dan menghilangkan lingkaran gelap di bahagian bawah mata. Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara.Gunakan lah krim yang di khaskan untuk menghilangkan lingkaran bawah mata agar masalah korang dapat diatasi.


Kecantikan itu terlihat dari mata turun ke hati..cheewaah..Terima kasih kerana membaca bye2... :)



[Teira Sunny]...
                                     

No comments:

Post a Comment