Saturday 26 October 2013

Sumber Cantik Semula Jadi..

                                                                   ...Asalamualaikum... 


Hai korang..tahu tak sayur-sayuran dan buah-buahan bukan saja kaya dengan khasiatnya untuk kesihatan,malah amat berguna untuk menjelma aura kecantikan korang secara semula jadi cehhwah..Amalan makanan buah-buahan selepas mengambil sajian tengah hari umpamanya bukan sekadar pemanis mulut.Lebih daripada itu,ia membekalkan tenaga dan khasiat yang berguna untuk kesihatan fizika.Jadi,korang tahu tak ia menjadi sumber terbaik bagi kecantikan.Aku akan kongsikan sedikit ilmu dan panduan yang berguna mengenai pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran agar korang tampil cantik sentiasa yee..




  • Tomato
Sungguh merah warna buahnya yee..korang tahu tomato terkenal dengan kebaikan dan khasiat untuk menjelmakan kulit yang lembut dan licin.Walupun rasa nye agak masam,ia mempunyai kandungan potassium dan vitamin C yang tinggi.Penggunan tomato amat berkesan pada kulit yang berminyak.Selain itu,ia membantu membersihkan kulit,menegangkan,mengurangkan pori-pori yang terbuka dan mengatasi masalah bintik hitam pada wajah korang..
CUBA INI: Potong tomato kepada dua bahagian dan kemudian sapukan pada kulit korang yang comel tu.Biarkan selama 15 minit agar ia dapat menyerap khususnya ke dalam pori-pori yang terbuka pada kulit muka korang.Selepas itu basuh dengan air dan korang akan dapat rasakan muka yang licin serta bersih.Amalkan seminggu 2 atau 3 kali untuk kesan yang memuaskan okey.



  • Pisang
Pisang adalah salah satu  sumber yang amat baik untuk menyuburkan kulit.Tambah manarik kini ia diproses dalam bentuk cecair dan krim kebagai masker.Kandungan vitamin A,C,zat galian seperti niasin,kalsium fosforus dan zat besi mampu membekalkan tenaga pada kulit dan menyihatkan tubuh badan.
CUBA INILenyekkan pisang dan tambahkan setengah biji lemon.Kemudian,masukkan di dalam peti sejuk selama 10 minit.Selepas tu korang sapukan ramuan tadi ke seluruh muka.Biarkan selama 30 minit lalu basuhkanlah muka korang dengan air bersih.Ia boleh diaplikasikan pada semua jenis kulit ye..



  • Lemon 
Lemon kaya dengan khasiatnya yang tersendiri.Ia juga kaya dengan  vitamin C,kolegen dan elastin,ia bermanfaat dan bertindak sebagai antibakteria wajah sehingga dapat  mencegah timbulnya jerawat.Ia juga berperanan mencerahkan muka secara semula jadi.Kalau korang memiliki kompleksi kuli berminyak,amalkan petua ini..
CUBA INI: Campurkan air lemon dengan madu dan gunakan sebagai masker.Setelah 10 minit,bersihkan dengan air suam.Amalkan selalu..



  • Betik
Betik juga tidak dikecualikan  dalam membantu mendapat kulit agar kelihatan cantik.Betik juga dapat dijadikan sebagai pembersih muka.Dengan mengunakan buah betik korang dapat menghindari lapisan kulit mati di permukaan kulit ,menghilangkan bintik hitam dan meratakan warna kulit.
CUBA INI: Hancurkan biji buah betik dan campurkan dua sudu madu dengan hazelnut yang telah dikisar  lalu sapukanlah pada kulit korang dan biarkan selama 10 minit.Kemudian bersihkan muka dengan air.



  • Kentang
Pasti korang tak pernah terpikir kentang juga mempunyai khasiat dan manfaatnya untuk menjelmakan wajah yang lembut dan halus..Kentang mengandungi potassium,vitamin B1,B2 dan B3.Ia mempunyai kandungan potassium yang jumlahnya dua kali ganda daripada buah pisang.

CUBA INI: Campukan parutan mentimun dan kentang.Pastikan kulit mentimun dan kentang dikupas sebersihnya.Kemuadian tambah satu senduk tepung soda penaik,sebijik telur dan 1/4 mangkuk air.Kisarkan semuan bahan tadi dan sapukan ramuan itu untuk membersikan wajah korang supaya kulit muka korang lebih lembut dan halus.



  • Pegaga
Daripada daun hinggalah ke pucuknya,pegaga mempunyai khasiat tersendiri untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.Bukan sahaja enak dimakan sebagai ulam,pegaga sememangnya terkenal dengan khasiatnye untuk kelihatan awet muda.Kandungan protein,zat besi,vitamin A dan C terbukti mampu menjadi bahan terbaik kepada anti selulit dan anti kedutan untuk mata dan muka.Selain itu,ia turut berfungsi menambahkan ketegangan kulit dan membentuk kulit baru.
CUBA INI: Kisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya.Pupukkan aduanan tersebut  pada bahagian jerawat dan bintik hitam di wajah pada setiap malam sebelum tidur.Ia dipercayai mampu menghilangkan kesan jerawat dan mengatasi bintik hitam pada wajah korang.Amalan minum air pegaga juga dikatakan membantu menyihatkan badan dan menghasilkan kulit yang cantik.



  • Timun
Ini adalah satu jenis sayuran yang sering kali digunakan dan mudah didapati.Malah manfaat dan khasiat untuk kecantikan tidak terhad untuk mengatasi masalah gelung hitam bawah mata korang je.Ia jugasecara meluas  oleh syarikat kosmetik sebagai kandungan utaman untuk masker,krim,tonik dan juga salap.Apa yang menarik tentang timun ni,korang boleh menggunakannya di rumah sebagai salah satu alternatif bahan semula jadi untuk penjagaan kulit.Contohnya,hanya dengan memotong beberapa hiris timun,korang boleh aplikasikannya pada kulit.Ia juga memberi nafas baru pada kulit terutama jika diaplikasi pada mata yang penat.


Macam mana ade diantara sayur-sayuran dan buah-buahan yang ingin korang cuba buat di rumah?Ini saje yang aku dapat kongsikan untuk korang sebenarnya banyak lagi syur-sayuran dan buah-buahan yang boleh korang jadikan sumber kecantikan korang tau.Korang kena cube tau bahan-bahan semula jadi untuk membantu korang kelihatan cantik..Akhir kata terima kasih kerana sudi baca blog aku ni ye..Baca lah dan teruskan membaca blog aku ye...:P



[Teira sunny]...

2 comments: